picture2

Taiwan Lantern Festival Semarakkan Ulangtahun ke-400 Bandar Tainan !

Dikemas Kini: 25 Februari 2024
Surga Route
202402230006
Seorang artis sedang membuat persembahan bersempena dengan Taiwan Lantern Festival . Kredit : Taiwan Tourism

Dalam masyarakat Cina, Pesta Tanglung disambut pada hari ke-15 kalendar lunar, dan ia juga dikenali sebagai "Tahun Baru Kecil."

Antara aktiviti yang dilakukan penduduk adalah menyalakan bunga api, membawa tanglung, dan melawat rumah ibadat.

Ia melambangkan keamanan dan kemakmuran negara, memupuk suasana perpaduan dan kegembiraan.

Di seluruh Taiwan, pelbagai perayaan diadakan dalam tempoh Pesta Tanglung. Antaranya adalah Taiwan Lantern Festival (Festival Tanglung Taiwan) !

Festival Tanglung Taiwan berbeza daripada festival tanglung di tempat lain, kerana ia menggabungkan unsur tradisional dan elemen moden serta teknologi terkini.

whatsapp image 2024 02 24 at 15.46.03 1
Tanglung diinspirasikan dari naga, diolah dengan konsep lebih moden

Ia telah diiktiraf oleh Discovery sebagai salah satu "Festival Terbaik Dunia" dan dipuji oleh media antarabangsa sebagai Disneyland

tanpa roller coaster.

Tahun ini, ia telah dipilih oleh agensi pelancongan terkenal sebagai salah satu tempat sorotan global untuk 2024!

Kali ini, Taiwan Lantern Festival (Festival Tanglung Taiwan) memasuki edisi ke-35 dan akhirnya kembali diadakan di kota tertua Taiwan iaitu Tainan selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2008, iaitu 16 tahun yang lalu !

Ia juga sebuah momen yang istimewa kerana Tainan menyambut ulang tahun ke-400 kewujudan bandar tersebut sejak berada di bawah koloni Belanda pada 1624 hingga 1662 sebelum berada di bawah pemerintahan Dinasti Qing dan akhirnya di dalam negara moden Taiwan.

dsc01802
Director General Tourism Administration, MOTC , Dr Chou, Yung-hui Kredit: Taiwan Tourism

Tainan, yang dahulunya pernah menjadi ibu kota semasa Dinasti Qing, bukan sahaja mempunyai rekod sejarah yang gemilang tetapi juga menjadi perintis teknologi masa hadapan , teknologi hijau, kepelbagaian budaya, serta pengharmonian tradisi dan kemodenan.

Pesta tanglung ini menampilkan dua kawasan pameran utama, "High Speed Rail Display Zone" iaitu tapak pameran yang terletak berhampiran stesen keretapi laju Tainan dan juga "Anping Display Zone'' iaitu kawasan pameran yang terletak di bandar Anping yang penuh sejarah. Antara kawasan pameran adalah Dermaga Rekreasi Anping, Taman Lin Mo Niang, Bekas Muzium Kapal Perang Tainan 1661 dan di sepanjang Terusan Anping (dari Jambatan Anyi ke Jambatan Wang Yue)

Secara keseluruhan, terdapat lebih 300 karya seni tanglung dipamerkan di seluruh kawasan pameran pada tahun 2024 ini.

dsc01876
Director General Taiwan City Government Tourism Bureau, Lin Kuo-hua . Kredit : Taiwan Tourism

"High Speed Rail Display Zone" bersaiz kira-kira 42 Hektar terdiri daripada tujuh zon pameran besar di sekitar stesen keretapi berkelajuan tinggi, Pusat Pesidangan Tainan (Tainan International Conference Centre) atau Tainan ICC.

Terdapat pelbagai tema tanglung namun yang paling menarik adalah tanglung utama pada tahun ini yang dinamakan 'Dragon Comes to Taiwan' bersempena dengan tahun 2024 yang merupakan tahun naga mengikut kalendar lunar.

Tanglung naga itu diinspirasikan dari patung naga yang berada di Kuil Daitian yang ada di Tainan. Ia direka dan dihasilkan oleh artis terkenal, Peng Li-Chen dan tanglung naga tersebut berketinggian 18 meter. Secara keseluruhan, tanglung naga beserta tapaknya mencapai ketinggian 22 meter atau bersamaan dengan bangunan 7 tingkat !

Lebih mengagumkan lagi, tanglung gergasi itu boleh berputar, manakala lengan bawah kiri dan kanan naga juga menggunakan kawalan elektromekanikal, menjadikan ia istimewa berbanding tanglung utama festival pada tahun-tahun yang lepas.

whatsapp image 2024 02 24 at 15.50.24

Tanglung utama tahun ini juga menggabungkan bahan tenaga solar seperti EVA dan unsur tenaga hijau seperti karbon 60 sebagai komitmen penganjur terhadap pembangunan mampan.

Setiap tahun, selain pameran tanglung domestik, penganjur turut menjemput penyertaan dari luar negara.

Tahun ini, wakil dari daerah dan syarikat Jepun (Hokkaido, Akita,Miyagi, Nagoya, Yamaguchi, Tottori, Kagawa, Kochi, Syarikat Kereta Api Tobu, Kintetsu Corporation), Seoul di Korea Selatan, St. Kitts dan Nevis di Caribbean, Belize dan Indonesia turut mengambil bahagian.

美麗之島《鯤島融光》5
Formosa Taiwan turut menjadi salah satu tema tanglung Kredit : Taiwan Tourism

Pameran mereka akan ditetapkan sebagai Kawasan Pameran Inklusif Antarabangsa, bertemakan "Making Friends With The World" bertujuan mempromosikan keindahan Taiwan kepada dunia .

Taiwan Lantern Festival 2024 atau Festival Tanglung Taiwan 2024 ini diadakan bermula 24 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024.

Sepanjang tarikh ini, ia dibuka untuk pelawat pada setiap hari dari jam 6 petang hingga 9 malam.

Kemasukan adalah percuma tetapi pengunjung boleh mengemukakan pasport mereka atau bukti kemasukan yang berkaitan di pusat penebusan untuk menerima tanglung Tahun Naga 2024 percuma, cenderahati edisi terhad, dan tiket acara (sah untuk menonton persembahan kawasan tanglung utama dari 25 Februari hingga 9 Mac)

Setiap orang berhak mendapat satu penebusan, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini, sila layari laman web rasmi "Festival Tanglung Taiwan 2024 : https://theme.taiwan.net.tw/2024TaiwanLantern/en/

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram