sungai sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim , Canopy Walk terpanjang di dunia !

Dikemas Kini: 20 Mei 2020
Surga Route

Kalau sebelum ni anda hanya tahu 'canopy walk' di Kl sahaja, di Kedah kita ada Sungai Sedim! Sungai Sedim ini terletak di Karangan ,Kedah. Lebih kurang 22KM jarak Sungai Sedim ni dari Kulim. Ya, Sungai Sedim ini di bawah daerah Kulim di kawasan hutan Gunung Inas.

Tree Top Walk Sungai Sedim ini..

siap dibina pada tahun 2005. Bahan atau besi yang digunakan disaluti aluminium bagi mengelakkan karat dan sudah diuji keselamatannya. Jadi jangan risau dan ragu-ragu untuk datang kesini. Walaubagaimanapun, had maksima bilangan orang pada satu masa hanyalah 10-15 orang dewasa.

Tahukah anda, Tree Top Walk Sedim ini adalah yang terpanjang di dunia jika dibandingkan dengan 'canopy walk' yang lain. Panjangnya 950M dengan ketinggiannya 26M dari aras tanah. Anda boleh rujuk senarai 'canopy walk' di Malaysia pada gambar dibawah:-

Fakta menarik , Tree Top Sungai Sedim ini jika anda naik jambatannya, anda tidak akan sedar yang sebenarnya jambatan ini merentas hutan dan hampir berbentuk segi empat. Sedikit sejarah pembinaan Tree Top Walk sungai Sedim ini dibuat secara berperingkat. Anda boleh melihat video sejarah ini apabila anda kesana nanti. Harganya juga tidak berubah walaupun zaman sentiasa berubah. Harganya tetap RM10 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Harga ini juga terpakai untuk bukan warganegara. Murah kannn !

Anda bukan sahaja boleh meneroka alam flora, tidak lengkaplah flora tanpa fauna kan? Anda juga boleh melihat pelbagai jenis haiwan dan binatang di sini! Daripada mergastua sampai ke jinak pun ada di Sungai Sedim ni. Kalau anda bawa anak-anak, boleh la ajar anak-anak mengenal haiwan dan binatang secara 'live' tapi kena rajin-rajinlah tengok pokok-pokok barulah nampak bintang yang kecil-kecil.

Anda tidak akan berasa penat berjalan di atas jambatan dek terpukau dengan keindahan alam semulajadi ini. Banyak spot yang cantik untuk diambil gambar, cuma kena pandai pilih 'angle' sahaja. Kalau anda rasa serabut, penat memikirkan masalah-masalah kerja ataupun masalah lain, datanglah kesini untuk meringankan kepala anda dan menikmati udara segar yang mendamaikan ini.

Disini kami ringkaskan maklumat penting jika anda mahu ke Tree Top Walk Sungai Sedim ini.

Tree Top Walk Sungai Sedim
Hari operasi: Isnin - Ahad
Masa operasi: 9.00am - 5.30pm
Harga tiket: RM 10 (Dewasa) dan RM 6 (kanak-kanak berusia 7-17 tahun)

Alamat:- Kg Ulu Riau Tree Top Walk Kg Ulu, 09700 Karangan, Kedah

Peringatan manja dari kami : anda digalakkan untuk memakai topi atau penutup kepala ,takut-takut ada serangga yang jatuh menghinggap di kepala anda. Selain itu, sebaiknya anda pakailah pakaian dan kasut yang bersesuaian yaa. Kemudian, sebagai langkah berjaga-jaga anda boleh menyembur diri anda dengan semburan anti-serangga bagi mengelakkan dari nyamuk dan seangkatan dengannya menggigit anda. Jika anda tidak kisah dan inginkan pengalaman baru ,anda boleh datang bersahaja je. Tiada masalah.

Setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai Tree Top Walk Sungai Sedim, Jom masukkan destinasi ini di dalan senarai percutian anda yang seterusnya. Selamat bercuti bersama yang tersayang dari kami SurgaRoute.

Kami kongsi, Anda terokai.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram