Pelancongan halal, atau pelancongan yang berlandaskan syariat Islam, adalah trend global yang berkembang pesat, malah merupakan sektor pelancongan paling pantas berkembang.
Sektor ini membantu 1.8 bilion umat Islam dunia yang mencari produk dan perkhidmatan pelancongan yang sepadan dengan nilai Muslim.
Pasaran pelancongan Muslim dianggarkan bernilai $126 Billion pada 2012, menyumbang 12.3% daripada keseluruhan pasaran pelancongan antarabangsa.
Malangnya, sektor ini tidak begitu berkembang di Malaysia walaupun status Malaysia sebagai negara majoriti Muslim dan Islam sebagai agama rasmi.
Justeru, kami menyumbangkan tenaga kecil membantu kira-kira 20 Juta Muslim di Malaysia mencari info berkenaan percutian di tanah air dan juga di luar negara.
Kami berkongsikan segala informasi berkenaan ‘Halal Travel’, percutian dengan gaya hidup Muslim kontemporari dan segala yang berkaitan dengannya.
Bermula dari tips percutian, destinasi menarik, itinerari dan sebagainya.
Impian kami, melihat surga dunia dan surga sebenar di sana.