hayya card saudi arabia

Visa Umrah Percuma Untuk Pemegang Kad Hayya Piala Dunia 2022

Dikemas Kini: 9 Februari 2023
Surga Route

Arab Saudi mengumumkan pemberian visa percuma bagi pemegang kad 'Hayya' Piala Dunia 2022 yang beragama Islam untuk menunaikan umrah dan melakukan ziarah ke Madinah.

Visa Umrah Percuma Untuk Pemegang Kad Hayya Piala Dunia 2022

Perkara ini diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Visa, Kementerian Luar Arab Saudi Khaled Al-Shammari dalam satu temu bual bersama stesen TV Arab "al-Ekhbariya"

Beliau berkata, pemegang kad 'Hayya' yang ingin menunaikan umrah dan ziarah perlu mendapatkan insurans kesihatan dari portal visa kementerian.

Visa Umrah Percuma Untuk Pemegang Kad Hayya Piala Dunia 2022

"Visa umrah dan ziarah ini sah bagi tempoh 11 November hingga 18 Disember 2022.

"Selain itu, pemegang visa juga tidak disyaratkan untuk memasuki Qatar terlebih dahulu di samping pemegang kad 'Hayya' juga diberikan tempoh melawat Arab Saudi selama dua bulan sehingga 11 Januari 2023," katanya.

Kementerian Luar Arab Saudi pada 24 Ogos lalu membenarkan pemegang kad 'Hayya' untuk melawat negara teluk itu selama 60 hari. - BERNAMA

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram