7 persiapan wajib sebelum anda 'travel'

Dikemas Kini: 28 Mei 2020
Surga Route

Sebelum anda pergi travel, ada 7 persiapan yang wajib anda lakukan dahulu. Barulah tenang perasaan apabila anda meninggalkan rumah untuk pergi bercuti. Mungkin anda peka dan mungkin juga anda terlepas pandang. Jom kita lihat.

Sebelum anda pergi travel....

1) Buat perancangan yang terperinci

Apa apa yang kita nak buat mestilah kena ada perancangan dahulu kan supaya tidak kelam kabut dan 'chaos' di hari kejadian.

Sebelum ini kami ada menceritakan tentang keperluan asas untuk pergi travel, anda boleh klik link dibawah

https://surgaroute.com/2020/keperluan-asas-travel-yang-wajib-dibawa/

Kami juga ada membuat keperluan asas untuk travel edisi Muslim, klik link dibawah

https://surgaroute.com/2020/barangan-yang-perlu-dibawa-untuk-travel-edisi-muslim/

Anda perlu tahu destinasi yang anda mahu lawati dan tarikh yang anda 'free'. Kemudian buat kajian mengenai destinasi pilihan anda dari segi pengangkutan, makanan, penginapan dan jangkaan kos perbelanjaan anda di sana. Jangan lupa untuk semak bagaimana musim/cuaca pada tarikh pilihan anda. Jika segalanya okay dan tiada masalah, anda boleh terus menempah tiket penerbangan. Jika tidak anda perlu ubah perancangan yang baharu atau destinasi yang lain.

2) Selesaikan tanggungjawab yang tertangguh

Sebelum anda pergi melancong lebih baik anda selesaikan dahulu tanggungjawab anda yang tertangguh seperti kerja di ofis bayar bil elektrik, air, telefon dan ansuran lain . Jika tidak, anda akan tidak tenang dan risau memikirkan segala bil yang tertunggak dan kerja yang tertangguh.

3) Beritahu ahli keluarga anda

Sebelum anda travel, lebih baik anda beritahu ahli keluarga anda supaya mereka peka dengan keberadaan anda dan jika ada apa apa yang berlaku senang nak diuruskan. Kalau anda memilih untuk tidak memberitahu ahli keluarga anda, ianya akan menyusahkan ramai pihak jika berlaku apa apa yang tidak diingini.

4) Sediakan makanan yang secukupnya kepada haiwan peliharaan anda

Kepada anda yang mempunyai haiwan peliharaan, anda perlu menyediakan makanan yang secukupnya kepada mereka sepanjang ketiadaan anda dirumah. Seperti contoh, jika anda membela ikan, anda boleh taburkan makanannya siap siap. Namun, jika anda masih tidak yakin, anda boleh meminta tolong ahli keluarga terdekat atau jiran yang anda percayai untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan anda.

Atau anda boleh menghantar haiwan peliharaan anda ke 'hotel' seperti contoh jika anda memelihara kucing, anda boleh cari hotel kucing yang berdekatan atau yang dipercayai untuk hantar kucing anda. Mereka pasti akan menjaga kucing anda dengan baik sekali. Cuma, kos nya mungkin tinggi sedikit, tapi tak mengapa jika anda mampu anda pasti mahu yang terbaik untuk haiwan peliharaan anda.

5) Pastikan rumah anda dalam keadaan yang selamat

Jangan lah terus keluar rumah sebaiknya anda 'check' semua suis di rumah anda. Suis bilik, bilik air, dapur, ruang tamu, garaj jangan dibiarkan buka semua, nanti bil naik anda jangan hairan pulak. Tapi kalau anda tutup semua pun bahaya jugak. Sebaiknya anda buka 1 lampu di hadapan atau 2 lampu di rumah anda sebagai langkah berjaga-jaga, jika ada yang mahu pecah masuk rumah anda, mungkin mereka menyangka ada orang atau orang lain boleh nampak kelibat mereka.

6) Laporkan kepada pihak keselamatan

Anda boleh membuat laporan di balai polis yang berdekatan dengan rumah anda untuk memberitahu mereka mengenai ketiadaan anda dirumah. Mereka boleh membuat rondaan atau pantauan. Jika di kawasan perumahan anda ada 'security guard' anda boleh beritahu mereka.

Ada 1 aplikasi di smartphone yang di buat oleh PDRM untuk membanteras jenayah iaitu Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Jika sebelum ini , orang ramai melaporkan jenayah memlaui talian hotline PDRM, sekarang anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat aduan atau laporan.

Anda boleh rujuk website dibawah untuk keterangann lanjut mengenai cara penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). http://www.moha.gov.my/index.php/ms/terkini/3409-volunteer-smartphone-patrol-vsp

7) Persiapkan diri dengan bahasa asas komunikasi

Sumber gambar: japanesetest4u.coom

Sebelum anda travel ke negara orang, anda belajarlah bahasa komunikasi mereka. Sekurang-kurangnya bahasa komunikasi yang asas digunakan sehari-hari seperti pertanyaan untuk membeli makanan,pertanyaan untuk bertanya sesuatu tempat. Penting kan? Bukan apa, untuk memudahkan anda juga. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa universal di dunia namun ada sesetengah negara yang tidak memahami bahasa Inggeris seperti contoh negara Jepun.

Kami telah pun berkongsi 7 perkara yang wajib anda lakukan sebelum anda pergi travel. Kami harap anda dapat manfaat dari artikel ini dan kami doakan supaya percutian anda akan berjalan dengan lancar. Selamat bercuti dari kami di SurgaRoute !

Kami kongsi, Anda terokai.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram