malaysia airlines menang anugerah best airlines in asia

Malaysia Airlines Rangkul Gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik Asia !

Dikemas Kini: 20 September 2023
Surga Route

Baru-baru ini syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines telah meraih anugerah Best Airline in Asia pada pameran International Association of Travel Writers Association (Patwa) International Travel Award tahun ini di ITB Berlin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Izham Ismail berkata anugerah itu didedikasikan kepada pekerjanya yang sama-sama memberi sumbangan tenaga kepada syarikat terbabit dengn nilai bertaraf dunia untuk penumpangnya setiap hari.

Sempena kemenangan tersebut, Malaysia Airlines akan menawarkan tambang dengan harga promosi, ’48 Hours Thank You SALE’ sebanyank 25% diskaun kepada tambang terpilih termasuk laluan ke Hong Kong dan Sydney. Semestinya ini yang di nanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk menawarkan penumpang pengalaman hebat di udara dan di lapangan,” 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Izham Ismail

Anda yang berminat bolehlah menempah tiket mereka di agen perjalanan Malaysia Airlines atau melawat laman sesawang Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram