Industri Pelancongan Hilang 1 Bilion Pelancong pada 2020. Rekod terburuk dalam Sejarah !
Surga Route
|
2 February 2021
Pelancongan global mencatat rekod tahun terburuk pada tahun 2020, dengan kehadiran pelancong antarabangsa menurun sebanyak 74% ,menurut data terbaru dari United Nations World Tourism Organisation (UNWTO).
Destinasi Pelancongan dunia sepi tanpa kehadiran pelancong
Destinasi-destinasi pelancongan di seluruh dunia kehilangan 1 bilion pelancong pada 2020 berbanding tahun sebelumnya (2019), kerana penurunan permintaan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan sekatan perjalanan yang meluas.
Menurut Barometer Pelancongan Dunia UNWTO terbaru, kejatuhan perjalanan antarabangsa mewakili kerugian pendapatan eksport yang dianggarkan bernilai AS $ 1.3 trilion , iaitu lebih daripada 11 kali kerugian yang dicatatkan semasa krisis ekonomi global 2009. Krisis ini telah mengancam antara 100 hingga 120 juta pekerjaan pelancongan langsung, kebanyakan dari mereka di perusahaan kecil dan sederhana.
Oleh kerana kes pandemik COVID-19 yang kian tinggi, banyak negara kini memperkenalkan sekatan perjalanan yang lebih ketat. Ini termasuk ujian mandatori, kuarantin dan dalam beberapa kes penutupan sempadan sepenuhnya, semuanya membebankan perjalanan antarabangsa.
Namun, pada masa yang sama, peluncuran vaksin COVID-19 secara beransur-ansur diharapkan dapat membantu mengembalikan keyakinan pengguna, menyumbang kepada pelonggaran sekatan perjalanan dan perlahan-lahan menormalkan perjalanan pada tahun depan.
Setiausaha Jeneral UNWTO Zurab Pololikashvili berkata walaupun banyak yang telah dibuat untuk mewujudkan perjalanan antarabangsa yang selamat, mereka menyedari bahawa krisis yang dihadapi masih belum selesai dengan pelbagai lagi tindakan penyelarasan, koordinasi dan digitalisasi langkah-langkah pengurangan risiko yang berkaitan dengan perjalanan COVID-19, termasuk ujian, pengesanan dan sijil vaksinasi, adalah penting untuk dilakukan bagi empromosikan perjalanan yang selamat dan mempersiapkan pemulihan pelancongan kelak.
Mungkinkah Ada Harapan?
Tinjauan Panel Pakar UNWTO terbaru menunjukkan tinjauan bercampur-campur untuk tahun 2021. Hampir separuh responden (45%) menjangka prospek yang lebih baik untuk tahun 2021 berbanding tahun lalu, sementara 25% mengharapkan prestasi yang serupa dan 30% meramalkan hasil yang memburuk pada tahun 2021.
Dalam tinjauan mengenai kemungkinan terdapat pemulihan COVID-19 pada tahun 2021 pula, 50% responden menjangkakan pemulihan akan berlaku hanya pada tahun 2022 berbanding dengan hanya 21% memberi jawapan yang sama ketika ujian pada Oktober 2020.
Separuh responden yang lain masih melihat potensi pemulihan pada tahun 2021, walaupun di bawah jangkaan yang ditunjukkan dalam tinjauan Oktober 2020 (79% dijangkakan pemulihan pada tahun 2021).
Apabila pelancongan dimulakan semula, Panel Pakar UNWTO meramalkan permintaan yang semakin meningkat untuk aktiviti pelancongan terbuka dan alam semula jadi, dengan pelancongan domestik dan pengalaman ‘perjalanan perlahan’ mendapat minat yang semakin meningkat.
Melihat lebih jauh ke depan, kebanyakan pakar tidak melihat dunia tidak akan kembali ke tahap pra-pandemik sebelum 2023.
Hasil tinjauan, 43% responden menjangkakan dunia hanya akan kembali seperti sediakala pada tahun 2023, sementara 41% menjangkakan pengembalian ke tahap 2019 hanya akan berlaku pada tahun 2024 atau lebih selepas itu.
Secara keselurahan, UNWTO mendapati bahawa dunia memerlukan masa dua setengah hingga empat tahun untuk kembali ke tahap 2019 dalam sektor pelancongan antarabangsa.
Wilayah Paling Terjajas ?
Asia dan Pasifik (84%) adalah wilayah pertama yang menderita wabak COVID-19 dan wilayah dengan tahap larangan perjalanan tertinggi telah mencatatkan penurunan ketibaan pelancong terbesar pada tahun 2020 (berkurangan 300 juta orang). Timur Tengah dan Afrika kedua-duanya mencatatkan penurunan 75%.
Eropah mencatatkan penurunan kedatangan pelancong sebanyak 70%, walaupun kehadiran sedikit pelancong kecil pada musim panas 2020. Wilayah ini mengalami penurunan terbesar secara mutlak, dengan kehilangan lebih 500 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2020.
Amerika menyaksikan penurunan 69% pada kedatangan antarabangsa, berikut keputusan yang agak baik pada suku terakhir tahun 2020.
Perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Langkawi ke Kuala Perlis akan dibuka semula Sabtu ini (27 Februari 2021) bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini. Bagaimanapun, hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini manakala bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua perjalanan […]
Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut. Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh […]
Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bagi membolehkan perjalanan udara yang selamat dalam tempoh pasca Covid-19. Syarikat penerbangan itu menjelaskan kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia […]
Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. “Ketika ini, kita cadangkan dua kaedah iaitu dipaparkan (terima suntikan) di aplikasi MySejahtera dan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan […]
Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge, percaya bahawa pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal tahun depan, lapor Agensi Berita Anadolu. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR.Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada 2021 tetapi akan lebih terkawal berbanding tahun lalu. Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak […]