Langkawi, destinasi percutian paling meriah di Malaysia. Macam-macam hotel dan resort penginapan ada disini bagi menampung kehadiran pelancong.
Terbaru, sebuah hotel 4 bintang dibuka di Pantai Cenang bermula April yang lalu. Menarik juga hotel ini, walaupun tidak berstatus 5 bintang tetapi ia adalah jenama antarabangsa yang dipercayai. Mesti servis pun tiptop dan setanding antarabangsa.

Hotel yang dimaksudkan adalah Mercure Langkawi Pantai Cenang. Sesuai namanya, lokasi hotel ini terletak berdekatan kawasan Pantai Cenang.

Mercure Langkawi mempunyai sebanyak 164 unit penginapan pelbagai kategori, kemudahan kolam renang, pusat kesihatan, restoran, dan bilik mesyuarat.

Ramai orang tahu, Pantai Cenang inilah kawasan paling meriah di Pulau Langkawi.

Kalau anda nak menginap disini pun cukup sesuai. Mana tidaknya, kalau anda nak membeli-belah sinilah tempatnya. Terdapat beberapa gedung membeli-belah bebas cukai disini. Kompleks membeli-belah Cenang Mall pun boleh diakses dari Mercure Langkawi dengan hanya berjalan kaki.

Beberapa tarikan pelancong seperti Underwater World dan juga Pantai Cenang itu sendiri pun memang terletak dalam jarak berjalan kaki.

Kalau lapar, nak makan apa pun memang ada disini. Bermula dari masakan Melayu dan kampung sehinggalah menu antarabangsa.

Jadi, kalau anda ingin ke Langkawi bolehlah jadikan Mercure Langkawi Pantai Cenang sebagai lokasi penginapan anda.
Alamat
Mercure Langkawi Pantai Cenang, Lot 2500, Jalan Pantai Cenang, MK Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah