myonline pasport selangor https://shope.ee/7pTy1ccmBD

Perbaharui Pasport Lebih Mudah & Cepat Dengan MyOnlinePasport

Dikemas Kini: 6 Januari 2024
Surga Route

Bila nak kena perbaharui pasport, memang memenatkan dan kena buat perancangan dulu sebab boleh terbayang betapa panjangnya kena beratur untuk tunggu giliran.

Tetapi kini tidak lagi!

Baru-baru ini, ‘MyOnline Passport’ di Jabatan Imigresen di negeri Selangor telah diperkenalkan dan anda boleh memperbaharui pasport dalam masa 45 minit sahaja berbanding tempoh hampir dua jam sebelum ini. 

Perbaharui Pasport Lebih Mudah & Cepat Dengan MyOnlinePasport

Inisiatif ini dilakukan selepas melihat kepada pertambahan jumlah permohonan pasport iaitu mencecah 2,900 sehari dan sehingga 60,000 sebulan.

Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif tersebut sejajar dengan kemajuan dan perkembangan dunia digital hari ini.

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Namun begitu, kemudahan ini hanya disediakan mengikut kategori seperti:

  • Pemohon berumur 13 tahun ke atas.
  • Bukan untuk mereka yang baru pertama kali ingin membuat permohonan pasport (kecuali warga emas dan Orang Kelainan Upaya).
  • Pemohon yang kehilangan atau kerosakan pasport.
  • Pelajar berumur 21 tahun yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Perbaharui Pasport Lebih Mudah & Cepat Dengan MyOnlinePasport

Jangan risau, perkhidmatan ini bukan sahaja akan ada di Selangor, malah ianya akan dilancarkan di semua negeri tidak lama lagi.

Diharapkan dengan inisiatif baharu ini dapat mengurangkan aduan tentang tempoh menunggu yang agak lama di pejabat imigresen.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram