perdana menteri sahkan sempadan negara akan dibuka menjelang hari raya

Perdana Menteri Sahkan Sempadan Negara Akan Dibuka Menjelang Hari Raya

Dikemas Kini: 12 Ogos 2023
Surga Route

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Perdana Menteri Sahkan Sempadan Negara Akan Dibuka Menjelang Hari Raya

Beliau berkata, bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Malaysia dengan Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.

Langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan.

“Bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan khususnya di Johor, Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim VTL udara dan darat dengan Singapura mulai 21 Januari lalu bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik Covid-19.

“Saya difahamkan seramai 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik antara Singapura dan Johor. Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan kesihatan sebanyak dua kali iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara pada minggu depan.

Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet semalam sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram