vip suite

Orang Penang Boleh Tengok Pawagam Style VIP. Ini Tempat Yang Anda Boleh Pergi !

Dikemas Kini: 11 Julai 2022
Surga Route

Sebagai salah satu negeri termaju di Malaysia, memang banyak pilihan panggung wayang di Pulau Pinang. Antaranya adalah operator TGV, GSC, Lotus Five Screen (LFS), MMCineplexes, MBO dan lain-lain lagi.

Tapi, ada satu yang memang special di Penang. Terletak di Penang Megamall, Prai adalah Mega Cineplexes. Apa yang istimewanya disini adalah satu dewan tayangan mewah dengan layanan VIP tetapi harga tiketnya masih lagi berpatutan !

160162390 2986131728290959 6984545284149441895 n

Harga tiket bagi bagi dewan tayangan dengan nama VIP Suite ini sememangnya lebih murah berbanding dewan tayangan mewah operator pawagam lain di Malaysia.

Kalau di tempat lain anda perlu ratusan ringgit, tetapi tiket VIP Suite di Mega Cineplexes hanya dijual RM30 sahaja !

269604392 2003616839822400 5243458888258383255 n

Kelebihan VIP Suite

Dengan hanya RM30, anda boleh mendapat pengalaman istimewa apabila menonton filem kegemaran anda.

164915346 10158926577064178 653710012998574141 o

Sebaik sahaja masuk sini, anda akan memasuki lounge khas dulu sebelum mula tayangan. Boleh rehat-rehat dulu dan bergambar. Selain itu, anda juga akan mendapat popcorn premium secara percuma .

163440659 10158926577484178 4139314314947031061 o

Di dalam, seat yang digunakan bukanlah kusyen biasa tetapi kerusi kulit boleh laras, ada port USB untuk anda mengecas telefon bimbit, habis movie dapatlah penuh bateri telefon anda.

3
1

Ruang kaki pun luas, tak la jenuh nak kepit badan dan kaki kalau ada orang tumpang lalu kat depan.

2
269943878 2003616889822395 626768152807940853 n

Anda juga akan mendapat selimut untuk digunakan dalam dewan. Maklumlah, dewan tayangan kan sejuk.

Tayangan & Membeli Tiket

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman menontong wayang bak VIP, boleh semak dahulu waktu tayangan filem dan membeli tiket secara atas talian yang pastinya lebih memudahkan. Boleh klik pautan ini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram