malaysia airlines introduce economy lite without baggage allowance berat bagasi malaysia airlines economy ekonomi

Malaysia Airlines Tambah Pesawat Dilengkapi WiFi

Dikemas Kini: 16 November 2023
Surga Route

Syarikat-syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) diberikan kelulusan kawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk membolehkan sambungan pintu ke pintu mulai 1 Julai 2023.

MAG memiliki dan mengoperasikan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings.

MAG dalam satu kenyataan berkata, langkah itu adalah sebahagian komitmen berterusan pihaknya untuk menambah baik pengalaman dan kesambungan pelanggan, sekali gus menjadi kumpulan syarikat penerbangan pertama yang menyediakan ciri ini kepada penumpang yang berlepas dari Malaysia.

Penumpang boleh menikmati kemudahan untuk kekal terhubung dengan peranti elektronik peribadi/mudah alih (PED) daripada saat mereka mula menaiki pesawat dengan membenarkan fungsi Airplane Mode atau Mod Pesawat pada PED masing-masing

"Penumpang tidak lagi perlu mematikan PED mereka semasa pesawat berlepas dan mendarat, seperti yang dikehendaki sebelum ini mengikut keperluan peraturan dan pesawat," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (Syarikat Penerbangan) MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, dengan membenarkan kesambungan pintu ke pintu bagi semua syarikat penerbangan MAG, ia akan membolehkan penumpang kekal terhubung sepanjang perjalanan mereka.

Pada masa sama, Malaysia Airlines turut menawarkan Wi-Fi percuma untuk semua penumpang Suite Perniagaan (Business Suite) dan Kelas Perniagaan (Business Class) serta ahli Enrich Platinum mulai 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023.

"Sebagai sebahagian strategi kesambungan kami, MAG secara aktif akan menambah bilangan pesawat yang dilengkapi Wi-Fi bagi menyediakan pengalaman dalam penerbangan lebih baik untuk pelanggan kami.

"Kami akan terus melabur dalam teknologi dan perkhidmatan inovatif untuk memenuhi keperluan yang berubah di samping menyediakan keselesaan buat penumpang sebagai tetamu pesawat kami," katanya.

Seiring dengan rancangan pemodenan kumpulan pesawat, MAG juga akan membawa pesawat dan teknologi baharu yang akan memberikan kecekapan operasi dipertingkatkan di samping mengekalkan komitmen kemampanannya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram