5 perkara yang anda boleh lakukan di klia terminal 2

5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Sementara Menunggu Penerbangan di KLIA Terminal 2 !

Dikemas Kini: 11 Oktober 2023
Surga Route

Kebanyakan kita akan datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan dari tertinggal penerbangan bukan? Ada pula yang nak jimat, beli tiket flight pada waktu bukan peak. Jadi terpaksa datang awal memandangkan pengangkutan awam nak ke KLIA terhad pada waktu tengah malam. Bila dah datang tak tahu pula nak buat apa ye? Bosan menunggu berjam-jam lamanya di terminal.

Kali ini, kami nak kongsikan apa yang boleh anda lakukan sementara tunggu untuk menaiki penerbangan di KLIA Terminal 2.

1 – Berehat di Plaza Premium Lounge

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Jika masa menunggu penerbangan lama, anda boleh pilih untuk berehat di Plaza Premium Lounge yang terletak di Aras 2M, berdekatan ruang ketibaan.

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Banyak kemudahan seperti lounge di mana anda boleh santai sambil mengopi, menikmati pelbagai pilihan makanan, bilik air berserta tuala dan lain-lain, anda juga boleh mandi bagi memastikan tubuh anda kekal segar.

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Lounge ini juga mempunyai bilik VIP yang memuatkan 4 orang dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 22 orang.

Untuk masuk ke Plaza Premium Lounge, pakej bermula bagi akses 2 jam dengan harga RM242 per orang.

2- Tidur Dengan Bajet Rendah Di Hotel Kapsul

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Jika badan anda perlukan tidur, tetapi anda bercuti berseorangan atau dengan bajet yang rendah, anda boleh cuba melelapkan mata di Capsule Transit Hotel. angat sesuai untuk berehat seketika sementara menunggu penerbangan. Anda boleh menginap di sini selama antara 3jam, 6 jam dan 12 jam. Pakej bermula sekitar RM105 bagi 3 jam. Selain terdapat tempat tidur yang menarik, anda boleh baca buku yang boleh diambil percuma sahaja.

3- Tidur Dengan Lebih Selesa Di Dalam Bilik

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Jika anda dalam perjalanan bersama keluarga, hotel kapsul mungkin tidak sesuai. Maka, jawapannya adalah berehat di dalam bilik hotel. Ya, di KLIA Terminal 2 pun ada hotel tau iaitu Sama-Sama Express.

4- Food Hunting & Membeli Belah

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2
Kredit Foto : KLIA2.Info

Urusan anda mungkin tidak akan berjalan lancar dengan perut yang kosong, jadi sebelum meneruskan perjalanan anda apa kata lakukan dulu 'food hunting' di KLIA Terminal 2. Sangat banyak pilihan restoran dan menu yang anda boleh didapati di sini bermula menu tempatan hinggalah citarasa antarabangsa.

Anda juga boleh membeli-belah pelbagai jenama bermula dari pakaian hinggalah keperluan harian. Jangan tak tahu, pasaraya Jaya Grocer dan kedai pakaian Uniqlo pun ada disini !

5 - Manjakan Diri di Spa

5 perkara yang anda boleh lakukan di KLIA Terminal 2

Di KLIA Terminal 2, ada satu spa 'Thai Odyssey' yang Disifatkan sebagai oasis ketenangan. Dibuka dengan suasana tenang seluas 5,670 kaki persegi.

Sama ada anda tiba atau berlepas dari klia2, kini anda boleh mendapatkan urutan yang menenangkan dengan kru pakar terapi pakar yang berpengalaman, malah penumpang yang mempunyai masa yang sangat singkat boleh sahaja melangkah untuk mengurut kaki. Yang pasti, ia akan meremajakan walaupun kaki yang paling letih.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram